RSS

WORK HARD & WORK SMART

BannerFans.com Cara-cara menjadi agent Ads4Bucks kami:- (1) Register di http://www.ads4bucks.com/?r=gxM2t4K24wtVZm9 (2) login agent bahagian Malaysia site dari Malaysia, jika lain negara Worldwide site (3) klik close[x], di bawah menu web ads4bucks klik bahagian MENGENAI ads4bucks. (4) klik DAFTAR SEKARANG SEBAGAI AGENT ADS4BUCKS! (5) Setelah isi semua maklumat peribadi anda , sila buat pembayaran (6) Sila ym saya >auraseri86(yahoo) untuk mendapatkan no.akaun supaya pembayaran dapat dilaksanakan. Harap maklum! sekian , Terima kasih.

Saturday, November 14, 2009

Kisah Ketabahan Seorang Isteri


Kisah ketabahan seorang isteri, membuatkan saya yang menitiskan air mata. Sedangkan wanita tabah itu nampak sangat kuat dan sentiasa berusaha mengawal emosinya daripada runtuh. Saya yang mendengar kisahnya membayangkan jika itu terjadi kepada saya, Adakah saya akan sekuat dan setabah dirinya.

Wanita ini saya temui di wad sebuah hospital kerajaan ketika menziarahi seorang saudara. Wanita ini nampak tenang merawat suaminya yang sedang terbaring di katil hospital kerana penyakit kronik. Sambil suaminya terlelap, saya sempat bertanya khabar suaminya. Katanya, suaminya telah diserang penyakit tersebut sejak tiga tahun lalu. Tetapi sejak akhir-akhirnya ini, penyakitnya makin serius sehingga terpaksa diwadkan di hospital dalam tempoh yang agak panjang.
" Sebelum ini, suami saya hanya berulang-alik ke pusat dialysis seminggu tiga kali, tetapi sejak diserang sejenis bisul di bahagian pipi keadaanya merisaukan. Doktor terpaksa memberi rawatan rapi, apa lagi selepas dibedah baru-baru ini," ujarnya.
Menurut wanita yang berusia pertengahan 30-an ini, sejak suaminya di wad, jadual hariannya menjadi makin ketat dan berat. Dia dan suaminya bekerja sendiri. Mereka membuka kedai makan dan berniaga secara kecil-kecilan. Tetapi apabila suaminya terbaring di hospital, dia harus kejar ke sana dan ke mari seorang diri. kemudian tergesa-gesa pulang untuk menghantar anak-anak ke sekolah. kembali ke kedai untuk memasak sendiri beberapa resepi yang menjadi kegemaran pelanggannya, sebelum menyerahkan tugas lain kepada pembantunya. Kemudian kembali ke hospital, menjenguk suami. Bekejar pula ke sekolah ambil anak-anak dan menghantar ke rumah. Datang semula ke kedai makan kemudian menjenguk anak-anak di rumah. Bergegas lagi ke hospital untuk menemani suami sehingga subuh esoknya. Begitulah rutin hidup seorang wanita ini sejak suaminya berada di hospital dan dia tidak tahu sampai bila suaminya akan keluar dari wad itu.
" Nasib baik, anak-anak memahami keadaan ini dan anak yang besar boleh menjaga adik-adik di rumah sepanjang saya sibukkan ayahkan mereka. Saya juga bersyukur kerana mendapat pembantu dan seorang rakan yang begitu ikhlas membantu di kedai sepanjang saya berulang-alik ke hospital. Doakan suami saya dan doakan juga semoga Allah kuatkan iman dan tabahkan hati saya untuk menempuh dugaan ini..." ujarnya membuatkan saya memeluk erat untuk memberikan semangat. Saya berharap pembaca semua turut mendoakan wanita ini dan suaminya.
Sekarang ini, Allah memang sedang menguji ketabahan wanita itu, tetapi Allah juga turut memberikannya rahmat-Nya. Dalam kesusahannya, Allah memberikan dia anak-anak yang memahami, rakan yang sangat ikhlas membantu dan pembantu yang bersedia melakukan apa sahaja, bukan hanya untuk gaji tetapi juga demi kemanusiaan. Perkataan ' nasib baik' yang disebutnya itu, bukan perkara kebetulan. Sebenarnya 'nasib baik' itu adalah kerana Allah sedang memberikannya bantuan dan kerahmatan...

About Me

My photo
Seorang sangat peramah dan mesra,bermotivasi,suka membaca,dan menjadi blogging sebagai hobi.

Followers