RSS

WORK HARD & WORK SMART

BannerFans.com Cara-cara menjadi agent Ads4Bucks kami:- (1) Register di http://www.ads4bucks.com/?r=gxM2t4K24wtVZm9 (2) login agent bahagian Malaysia site dari Malaysia, jika lain negara Worldwide site (3) klik close[x], di bawah menu web ads4bucks klik bahagian MENGENAI ads4bucks. (4) klik DAFTAR SEKARANG SEBAGAI AGENT ADS4BUCKS! (5) Setelah isi semua maklumat peribadi anda , sila buat pembayaran (6) Sila ym saya >auraseri86(yahoo) untuk mendapatkan no.akaun supaya pembayaran dapat dilaksanakan. Harap maklum! sekian , Terima kasih.

Wednesday, January 6, 2010

Selamat Tahun Baru 2010~ Dah tercapaikah Azam tahun lalu!!?


Salam Sahabat Semua,

Tak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Tahun Baru ini apa azam anda? Sekiranya ada dalam azam anda atau sesiapa saja (anak, rakan, kenalan, graduan dll) untuk mendapat pekerjaan dalam sektor awam, maka anda WAJIB dapatkan Panduan ini.

Apa yang dikongsikan dalam panduan ini tidak terdapat dalam mana-mana panduan temuduga lain. Lebih 2000 orang telah mendapat manfaat darinya. Mengandungi banyak panduan serta rahsia lulus temuduga kerajaan hasil dari kajian, pemerhatian serta perbincangan dengan calon-calon yang lulus temuduga.


14 KELEBIHAN kerja kerajaan
1.Elaun perumahan
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana  elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari  iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya
-----------


Jadi sebagai persediaan untuk temuduga anda, pastikan anda hanya pergi temuduga selepas membaca panduan ini. Semoga Anda Berjaya!

Saturday, November 21, 2009

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


Salam semua.....


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.
Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH
Pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah
Turunkan kepada Jibrail.


2. "BISMILLAH untukmu Dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap Mata pun sejak BISMILLAH diturunkan Kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin Terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang Dan terlempar Semua syaitan.

4. Demi Allah Dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit Melainkan menjadi ubat untuknya Dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu Melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5.  Inginkan kehidupan bahagia Dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu Perkara yang baik.

6. Jumlah Huruf dalam BISMILLAH Ada 19 huruf Dan malaikat Penjaga neraka Ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah
Selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap Hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH Ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata,"Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya Dan kamilah Kehebatannya."
8.  Memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
Mengangkat namanya Di syurga yang sangat tinggi Dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Sentiasa amalkan pembacaan BISMILLAH maka akan Bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Jika membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur,maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian Dan kebakaran, maut mendadak Dan bala.

11. Jika  membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim,hinalah Dan masuk ketakutan Dalam hati si zalim serta naiklah keberanian Dan Kehebatan kepada si pembaca. 
p/s:Marilah kita sama-sama beramal selalu. amalan sebegini yang selalu kita lupa dan lalai sebab tulah apa jua yang kita lakukan pekerjaan rasa seperti tidak sempurna ,rasa macam tak cukup dan tak puas apa yang kita telah laksanakan setiap amalan dan tugas.

Dalam apa jua pekerjaan kita seharian mestilah dimulakan dengan membaca BISMILLAH dan setiap penghabisan pekerjaan berakhir dengan Alhamdulillah. Kenikmatan yang Allah swt. berikan pada kita akan dapat rasa tanpa kita sedar.~wassalam~


Saturday, November 14, 2009

Kisah Ketabahan Seorang Isteri


Kisah ketabahan seorang isteri, membuatkan saya yang menitiskan air mata. Sedangkan wanita tabah itu nampak sangat kuat dan sentiasa berusaha mengawal emosinya daripada runtuh. Saya yang mendengar kisahnya membayangkan jika itu terjadi kepada saya, Adakah saya akan sekuat dan setabah dirinya.

Wanita ini saya temui di wad sebuah hospital kerajaan ketika menziarahi seorang saudara. Wanita ini nampak tenang merawat suaminya yang sedang terbaring di katil hospital kerana penyakit kronik. Sambil suaminya terlelap, saya sempat bertanya khabar suaminya. Katanya, suaminya telah diserang penyakit tersebut sejak tiga tahun lalu. Tetapi sejak akhir-akhirnya ini, penyakitnya makin serius sehingga terpaksa diwadkan di hospital dalam tempoh yang agak panjang.
" Sebelum ini, suami saya hanya berulang-alik ke pusat dialysis seminggu tiga kali, tetapi sejak diserang sejenis bisul di bahagian pipi keadaanya merisaukan. Doktor terpaksa memberi rawatan rapi, apa lagi selepas dibedah baru-baru ini," ujarnya.
Menurut wanita yang berusia pertengahan 30-an ini, sejak suaminya di wad, jadual hariannya menjadi makin ketat dan berat. Dia dan suaminya bekerja sendiri. Mereka membuka kedai makan dan berniaga secara kecil-kecilan. Tetapi apabila suaminya terbaring di hospital, dia harus kejar ke sana dan ke mari seorang diri. kemudian tergesa-gesa pulang untuk menghantar anak-anak ke sekolah. kembali ke kedai untuk memasak sendiri beberapa resepi yang menjadi kegemaran pelanggannya, sebelum menyerahkan tugas lain kepada pembantunya. Kemudian kembali ke hospital, menjenguk suami. Bekejar pula ke sekolah ambil anak-anak dan menghantar ke rumah. Datang semula ke kedai makan kemudian menjenguk anak-anak di rumah. Bergegas lagi ke hospital untuk menemani suami sehingga subuh esoknya. Begitulah rutin hidup seorang wanita ini sejak suaminya berada di hospital dan dia tidak tahu sampai bila suaminya akan keluar dari wad itu.
" Nasib baik, anak-anak memahami keadaan ini dan anak yang besar boleh menjaga adik-adik di rumah sepanjang saya sibukkan ayahkan mereka. Saya juga bersyukur kerana mendapat pembantu dan seorang rakan yang begitu ikhlas membantu di kedai sepanjang saya berulang-alik ke hospital. Doakan suami saya dan doakan juga semoga Allah kuatkan iman dan tabahkan hati saya untuk menempuh dugaan ini..." ujarnya membuatkan saya memeluk erat untuk memberikan semangat. Saya berharap pembaca semua turut mendoakan wanita ini dan suaminya.
Sekarang ini, Allah memang sedang menguji ketabahan wanita itu, tetapi Allah juga turut memberikannya rahmat-Nya. Dalam kesusahannya, Allah memberikan dia anak-anak yang memahami, rakan yang sangat ikhlas membantu dan pembantu yang bersedia melakukan apa sahaja, bukan hanya untuk gaji tetapi juga demi kemanusiaan. Perkataan ' nasib baik' yang disebutnya itu, bukan perkara kebetulan. Sebenarnya 'nasib baik' itu adalah kerana Allah sedang memberikannya bantuan dan kerahmatan...

Sunday, November 1, 2009

Where is the Love ?



In the Name of Allah, the Compassionate, the Merciful. O' Allah bless our Master Muhammad salallahu alaihi wasallam who opened what had been closed, and who is the Seal of what had gone before, he who makes the Truth Victorious by the Truth, the guide to thy straight path, and bless his household as is the due of his immense position and grandeur.

WHERE IS THE LOVE ?

Islam is a religion of love and peace. The Prophet Muhammad came to guide people to love and to bring people to consciously manifest Allah’s (God’s) love in their lives. Love within the Islamic context refers to the strong affection and kindness arising out of kinship from one human being to another, as creations of Allah.  It is a benevolent concern for the good of another creation of Allah.  The Prophet Muhammad once said: “One who is the best of you in good conduct is nearest to me.  A believer loves and is loved.  There is no good in one who does not love and is not loved.” 
Shaykh Hisham Kabbani will elucidate the concept of love in Islam and how the lack of it has created numerous humanitarian crises and genocide across the world.  Along with that, the lack of love has surfaced many other issues like hatred, animosity and discrimination.  The speaker will discuss how love can help us resolve such problems of humanity and will bring to light the level and depth of love expected of a Muslim towards Allah, the Prophet, parents, neighbours, other human beings, environment and other creations of Allah.

Saturday, October 31, 2009

Selamat Datang & Selamat Berkenalan...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Bismillahirrahmanirrahim...Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dapat merasmikan blog yang kak seri idam-idamkan. Sejajar merealisasikan pengaruh dunia IT dan menjadi sumber rujukan pelbagai info dan pengetahuan kepada penggunaan internet di seluruh dunia sepenuhnya. Pernah menjadi seorang pelajar dan pengajar serta perawat. Tanpa membuang masa kak seri memanfaatkan blogging sebagai hobi. Ini adalah perasmian blog kedua kak seri untuk berkongsikan segala pengalaman dan pengetahuan kepada anda semua sepanjang hidup serta dapat bertukar-tukar fikiran untuk kita manfaatkan bersama. Kalau kalian lihat blog pertama kak seri iaitu http://worldpure.blogspot.com adalah menjadi hosting, buat masa ini kakSeri mana ada hosting sendiri dan masih belum mahir lagi. Blog WorldPure (dot) com ini adalah blog business. Di mana kak seri memanfaatkan waktu dirumah berniaga menjual PurePerfume Mediterranean secara online.
Manakala blog yang lain seperti WorldInfo , WorldMusicLover dan WorldRecipe adalah sebagai blog suka-suka.. Kak Seri amat-amat berterima kasih sesiapa yang berkunjung di laman hosting blogspot AuraSeri WorldPure (dot)com kak seri. Minta pandangan dan sokongan anda kepada KakSeri yang baru berblogging. Wasalam...

About Me

My photo
Seorang sangat peramah dan mesra,bermotivasi,suka membaca,dan menjadi blogging sebagai hobi.

Followers